Pages

Rabu, 29 Disember 2010

TaNah TumPahnyA DaRahku!!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Perghh!! malam ni perlawanan antara Indonesia vs Malaysia kat Stadium Gelora Bung Karno. Aritu tengok dengan abah aku bila gol je aku melompat-lompat,hahaha...Punye r seronok tengok..



Kalau Malaysia boleh kekalkan permaianan macam kat Stadium Bukit Jalil tempoh hari mesti boleh menang punya. Malaysia mungkin pakai jersi Kuning kot sebab aritu dah pakai jersi biru dan kemungkinan besar lautan merah akan memenuhi stadium tersebut.

Pape pun Gudluck 4 Malaysia Team!!!

Malaysia Boleh!!!


TiKa DirIku BerhOlidAy Part 2

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Cerita holiday aku kembali bersambung dengan menceritakan holiday aku kat Kuala Lipis. Untuk makluman kampung aku kat Kuala Lipis so memang kalau cuti semester je aku balik kampung. Lagi satu selain nama KL tu digunakan untuk Kuala Lumpur dan Kuala Lipis, Kl jugak digunakan nama tempat Kuala Lanar yang dekat Kuala Lipis gak....

Aku pi bandar Lipis sebab nak setelkan pasal hal tanah dan apa yang uniknya Pejabat Tanah kat kuala Lipis ni bangunan yang lama tapi di cat baru. Cantik dan kemas.


Ni gambar sempat la ambil sebab nampak smart je..

Lepas tu esoknye aku pi pasar sehari Dong kat Raub. Apa yang uniknye pasar ni adalah kebanyakan peniaga sayurnya berniaga di atas jalan. Bagi aku ni lagi mesra dan jimat kos. Ada lagi gambar aku snap kat bawah ni.....

Isnin, 27 Disember 2010

RoTi JohN KuanTan Mari!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Mood malam ni adalah mood makan sebab aku baru je lepas pegi pasar malam Jaya Gading. Apa yang membezakan pasar malam ni dengan pasar malam yang alain adalah Roti Johnnye yang sedap dan berlainan dengan roti john yang aku makan kat tempat lain.

Yela, roti john kat tempat lain aku tengok lebih banyak roti dari telurnya tu yang jadi tak sedap. Kalau banyak roti dari telur baik aku beli roti je kat kedai roti. Lagi sedap dan berbaloi-baloi.

Tulis banyak tak guna kalau takde gambar dan bukti. Aku tunjuk sini roti john yang sedap tahap ekstravaganza....hahaha..

Ahad, 26 Disember 2010

500 BLOG !

Sebelum tido nak join contest jap. Saja je nak ilangkan boring ni sebab aku tengok blog bro Ben Ashaari ni nampak menarik tuk di baca.....

Sebelum masuk kena selesaikan syarat-syarat dulu...


Letak banner contest -------------------> setel



TAJUK: 500 BLOG ! dan linkkan ke entri ini ... ------------------->Bole klik pada banner yer



Tuliskan serba sedikit mengenai diri anda dan tujuan jadi blogger ..

Boleh aku Joe dan berumur 22 taun. Masih bergelar student dan lelaki (nama pun Joe). Seorang yang amat pentingkan masa sebab tu jam dan diriku tak dapat dipisahkan. Menjadi blogger sebab nak isi masa lapang dan untuk kenangan ke anak cucu nanti...tu je kot.



Tinggalkan url entri anda di entri ini ... -------------------> pun setel gak..



Lastly, nak tido suda sebab sok ade keje sikit (perlu ke cakap)....


p/s: Tahniah kepada Malaysia atas kemenangan 3-0 ke atas Indonesia...
Tanah Tumpahnya Darahku!!

sekian..




TiKa DirIku BerhOlidAy

Petang-petang ni best gak cite pasal perkara yang dah dibuat lepas pelang dari Parit Raja. Sampai je kat umah mak aku bagitau yang ahad ni ade pemeriksaan kesihatan pada 19 Dec. Aku pun dengan muka penuh kerakusan tak nak lepaskan peluang ni sebab dah lama nantikan. Bayangkan la dulu masa umur 17tahun aku pi la cek kesihatan kat mana tah aku tak ingat. Begini la alkisahnya.............

Aku: akak, saya nak cek kesihatan bole? (dengan gaya sopan dan muka suci)

Akak nurse: bole tapi bape umo adik?

Aku: Baru 17 kak, muda ag

Akak nurse: eh! mane bole cek masa umo 17 sebab tak cukup umo.

Aku:owh...yeke?abis nape ramai yang mati muda sebab kencing manis dan darah
tinggi?
(cakap dengan penuh sopan tapi niat dengan tak puas ati)

Akak nurse: errr....(terdiam dan melayan orang lain)

Kelakor lak bila tiba-tiba aku berani nak kenakan akak nurse tu. Tapi kali ni aku nak cek abis kesihatan aku sebab nak tengok sihat ke tak. Ingat nak upload la kertas kesihatan aku tu. Tapi hilang suda kertas tu. Kat bawah ni gambar yang sempat aku amik dan ade info sikit aku nk kongsi dengan pembaca. Layannnnnnnnnnnnn...

CONTEST GAMBAR PALING CHILL !!

Oleh sebab aku ngah boring ni aku pun join la contest ni demi puaskan ati cik tikosh neh. Dipendekkan cite kena letak gambar yg chill-chill gitu. Untuk nampak menarik sikit aku edit la sikit pakai CS5 (nak test)

Kat bawah ni banner contest die yang di wat oleh cik idati




Gambar yang aku masuk adalah last gambar laki dak kelas aku kt u dulu. Tak tau nape bile tengok je ase nak gelak sebab ade style masing-masing.



Last sekali cik idati nak nak taw lak wane kegemaran dan warna kegemaran aku adalah warna merah dan hitam.


last sekali nak tag orang lak..hahaha..
calon-calonnye...jeng3

Cik ikha

Cik Iqa

CIk Mirad

Tu je kot, walaupun tak de la kreatif mane tapi gambar ni banyak maknanya pada aku.....
sekian...

Sabtu, 25 Disember 2010

ProJek SeteNgah Mati

Setelah berjaya miliki broadband baru (perlu ke cite). Dapat gak update blog ni...huhuhu...(lap hingus)

Tajuk dah nampak macam gempak. Tapi tak gempak mane pun. Yela, membe-membe sume tulis dalam blog pasal PSM diorang. PSM tu bukan seperti tajuk di atas ye. Maknanya Projek Sarjana Muda. PSM ni kalau kat UMT panggil PITA kot, ada yang panggil FYP (Final Year Project) dan ada yang panggil TESIS. Tak kisah la yang penting sama je benda tu bila dah final year. Bila dah tensen ni mula la ada yang cakap PSM tu projek sampai mati la, projek satu malam la dan macam-macam la. Malas nak membebel panjang nak tunjuk sikit projek aku ni. Takde la gempak mane pun tapi abis la gak RM500++. Kalau rase nyampah sila jangan tengok yer, hahahaha....(mata pandang atas dan tangan kat dada)






Sekian nukilan dari aku. Banyak benda nak tulis dalam kepala hotak ni tapi esok je la.


Jumaat, 17 Disember 2010

LasT Day At UTHM...

Akhirnyaaaaaaaaa....


Selesai juga kuliah aku kat UTHM gemilang akan dijulang ni. Banyak sangat kenangan yang aku dapat kat sini. Dari orang yang tak tau pape hinggalah menjadi seorang yang matang. Kawan-kawan pun semakin hari semakin ramai tak kira la ensem ke, kiut ke, smart ke, sumenya bagi aku kawan dan akan dianggap kawan sampai bila-bila. Hidup kena la mencari kawan jangan mencari musuh. Di UTHM ni juga lah aku kenal erti kehidupan dan menjadikan diriku tenang dan kool je bila berhadapan dengan masalah.

Selesainya aku kat sini lepas hantar tesis untuk di hantar kat KPM. Kena anta sebab dapat la sikit duit (masyuk-masyuk). Lepas ni kena lak LM (latihan mengajar) kat Kedah lak. Ramai tul tanya pesal la aku pi LM sana padahal sume membe aku LM dekat dengan umah. Dengan selamber gaban dan segan silunya aku jawab la "masa muda ni la nak hidup merantau, nanti dah kawin tak boleh dah merantau, lagipun tempat aku LM tu dekat dengan penang dan aku tak penah pi penang. Aduiyaii...pesal la malam ni jadi skema lak aku...hahaha...

Ok la. Nak kemas barang-barang sat no (dah start cakap kedah dah). Esok sudah mahu pulang ke umah den.

Khamis, 16 Disember 2010

TerSebUtnYa KisaH...

Assalamualaikum

Blog ni aku buat baru sebab bila dah semakin lanjut usia ni mula la nak buat blog yang simple tapi menarik untuk dibaca. Bila dah lepas final kt u aku ni mula la nak mula berblog setelah lama menyepi (nak tunjuk busy la kunun).

Mungkin akan diupdate tiap hari, mungkin tiap minggu n mungkin tiap bulan. Tunggu je la yer (poyo di situ).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...