Isnin, 27 Disember 2010

RoTi JohN KuanTan Mari!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Mood malam ni adalah mood makan sebab aku baru je lepas pegi pasar malam Jaya Gading. Apa yang membezakan pasar malam ni dengan pasar malam yang alain adalah Roti Johnnye yang sedap dan berlainan dengan roti john yang aku makan kat tempat lain.

Yela, roti john kat tempat lain aku tengok lebih banyak roti dari telurnya tu yang jadi tak sedap. Kalau banyak roti dari telur baik aku beli roti je kat kedai roti. Lagi sedap dan berbaloi-baloi.

Tulis banyak tak guna kalau takde gambar dan bukti. Aku tunjuk sini roti john yang sedap tahap ekstravaganza....hahaha..




Ni masa dah letak roti


Ni bila dah masak dan panas-panas


Bila dah terhidang mula la kelaparan. Makan tanpa sos pun dah sedap


Ni bila dah letak sos dan untuk makluman sos ni dibuat sendiri oleh penjual, so memang bertambah sedap la.

Harganya adalah RM3.00 ade ayam dan daging. Kalau orang jual ada saiz besar dan kecik tapi yang ni takde yang besar dan kecik. Guna saiz roti sama jer.


Tu jela kot. Nak pegi makan ada lagi sebungkus aku beli tu...Nyam..nyam..

Sekian...


1 KoMeN SuDa:

mimie berkata...

nampak sedap la.huhu! tp slu wat sndri je sb adik bradik ramai.nk bli rm3 darab 8 org, xlarat la kan.tehee~

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...