Pages

Jumaat, 17 Disember 2010

LasT Day At UTHM...

Akhirnyaaaaaaaaa....


Selesai juga kuliah aku kat UTHM gemilang akan dijulang ni. Banyak sangat kenangan yang aku dapat kat sini. Dari orang yang tak tau pape hinggalah menjadi seorang yang matang. Kawan-kawan pun semakin hari semakin ramai tak kira la ensem ke, kiut ke, smart ke, sumenya bagi aku kawan dan akan dianggap kawan sampai bila-bila. Hidup kena la mencari kawan jangan mencari musuh. Di UTHM ni juga lah aku kenal erti kehidupan dan menjadikan diriku tenang dan kool je bila berhadapan dengan masalah.

Selesainya aku kat sini lepas hantar tesis untuk di hantar kat KPM. Kena anta sebab dapat la sikit duit (masyuk-masyuk). Lepas ni kena lak LM (latihan mengajar) kat Kedah lak. Ramai tul tanya pesal la aku pi LM sana padahal sume membe aku LM dekat dengan umah. Dengan selamber gaban dan segan silunya aku jawab la "masa muda ni la nak hidup merantau, nanti dah kawin tak boleh dah merantau, lagipun tempat aku LM tu dekat dengan penang dan aku tak penah pi penang. Aduiyaii...pesal la malam ni jadi skema lak aku...hahaha...

Ok la. Nak kemas barang-barang sat no (dah start cakap kedah dah). Esok sudah mahu pulang ke umah den.

3 KoMeN SuDa:

Tanpa Nama berkata...

laaa oghang kedah ka... dekat la kita... sbelah2 jaaa

BUNGA berkata...

mesti lepas ni rindukan parit raja kan.. hehe..

mimie berkata...

err amek course ape? pointer da kua kelmarin lar.huhu! ok x result?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...